Persatuan Wanita

Sukan Malaysia-Persatuan Ibu Tunggal Kamunting

Sempena sukan 1 Malaysia yang diadakan di seluruh negara, Persatuan Ibu Tunggal  Kamunting juga tidak terkecuali menganjurkan sukan rakyat yang diadakan pada hari Ahad ,9 Oktober 2016 bertempat di Pusat Internet Malaysia Kamunting. Program yang bermula pada pukul 8 pagi dimulakan dengan sedikit ucapan serta penerangan oleh Pengerusi Persatuan Ibu Tunggal iaitu Pn. Salamah. pelbagai aktiviti dan acara yang menarik seperti pertandingan memasak, gubahan bunga, serta sukan rakyat diadakan. Penyampaian hadiah diselang seli dengan cabutan bertuah bagi memeriahkan lagi program tersebut.