Pada 24 April yang lalu, telah diadakan program bersama komunti iaitu program dashboard yang juga dijayakan bersama dengan Perpustakaan Kg. Pinang. Program yang disertai seramai 12 golongan dewasa beertujuan adalah untuk memperkasa dan membentuk salsiah berkomunikasi. Program ini melibatkan golongan belia dan dewasa.Pada program tersebut peserta diajar cara menggunakan aplikasi dashboard yang mana menjadi salah satu intipati penting bagi Pusat Internet untuk merapatkan jurang komunikasi digital antara komuniti. Selain itu kemahairan menggunakan kemudahan internet juga diselitkan pada hari tersebut bagi memudahkan peserta melakukan kerja harian seperti membuat surat, minit mesyuarat dan sebagainya. Program seperti ini akan dilkukan bererustan bagi menjadikan mereka lebih efisien dan cekap. Program yang bermula dari pukul 9 berakhir pada pukul 12.00 tengahari.