Pada 13 Januari yang lalu,telah berlansung Program Blueprint 2.0, Jelajah Masuk Kampung di bawah Koridor Utara Malaysia yang diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Taiping (MPT) Kamunting . Blueprint 2.0 merupakan rangkaian tindakan pembangunan bagi Wilayah Koridor Utara untuk tempoh 2016-2025 yang meliputi negeri Perlis,Kedah, Pulau Pinang dan Perak.
Program yang bermula pada jam 9.00 pagi hingga 2.00 petang bertujuan memberi pendedahan kepada komuniti setempat mengenai Blueprint 2.0 yang mana bertujuan dapat membantu masyarkat setempat dari segi peluang pekerjaan, peluang perniagaan dan juga perlabauran baharu.Program dimulakan dengan sesi taklimat daripada Pihak Berkuasa Perlaksanaan Koridor Utara (NCIA),Akedemi Binaan Malaysia(ABM) DAN SME Corporation ,soal jawab.Turut diadakan juga sesi penyampaian sumbangan kotak makanan YBU,penyampaian sumbangan bantuan persekolahan serta lawatan ke gerai pameran.
Turut hadir memberi ucapan pada program tersebut, YB Dato’ Mohammad Zahir bin Abdul Khalid (Adun Kamunting) dan taklimat program Blueprint 2.0 oleh Ybhg. Datuk Redza Rafiq selaku Ketua Eksekutif (NCIA).