Sekolah Menengah Teknik Taiping (SMT) merupakan satu-satunya sekolah menengah teknik yang terdapat di daerah Larut Matang dan Selama. Dahulunya ia dikenali sebagai Sekolah Menengah Vokasional Taiping. Perubahan kepada nama tersebut berlaku setelah dinaikkan taraf sebagai Sekolah Menengah Teknik Taiping pada 1 Januari 1997 dan kini telah bertukar kepada Kolej Vokasional Taiping.
Kolej ini terletak di Kamunting. Ia berhampiran dengan kawasan perkelahan Bukit Jana berlokasi berdekatan di Kem Pertahanan Kamunting. Di sekitar kawasan tersebut terdapat dua buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jana dan Sekolah Kebangsaan Bukit Jana.
Kolej ini mempunyai beberapa blok kelas, beberapa bengkel, blok pentadbiran, blok asrama, astaka, rumah para pekerja dan rumah warden , sebuah dewan serbaguna serta padang, gelanggang bola tampar, tenis dan sebagainya untuk menjalankan aktiviti beriadah khususnya buat para pelajar yang tinggal di asrama.Sekolah ini telah menjangkau usia lebih 20 tahun dan telah dirasmikan oleh Y.B. Datuk Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Menteri Pendidikan Malaysia pada 27 Oktober 1985.
Pengajian di Kolej Vokasional Taiping adalah selama 4 tahun (8 semester). Menggunakan sistem semester dan menamatkan pengajian dengan Diploma Vokasional Malaysia (DVM).