🌸 Sambutan Hari Ibu Bersama Jabatan Penerangan & NADI Kampung Kamunting | 17 Mei 2025 🌸
Alhamdulillah, pada 17 Mei yang lalu, telah berlangsung Sambutan Hari Ibu anjuran Jabatan Penerangan dengan kerjasama NADI Kampung Kamunting. Program yang diadakan di NADI Kampung Kamunting dari jam 11.00 pagi hingga 12.00 tengah hari ini telah berlangsung dengan penuh ceria dan bermakna.
Antara aktiviti yang mendapat sambutan hangat ialah:
🎁 Pertandingan Bungkus Kotak Hadiah
🎙️ Pertandingan Sajak Ibu (berpasangan) – yang penuh dengan emosi dan kasih sayang.
Terima kasih kepada semua peserta dan hadirin yang menjayakan program ini. Kehadiran anda semua menceriakan suasana dan menjadikan sambutan ini lebih bermakna. 💖
Selamat Hari Ibu kepada semua ibu di luar sana!
Semoga kasih dan pengorbanan ibu sentiasa dihargai, bukan hanya pada satu hari, tetapi setiap hari. 🌷







