mcmc
Maklumat Setempat

Kelas Microsoft Word

Pada 8hb Julai yang lalu, telah diadakan Kelas Microsoft Word yang dihadiri oleh pelajar- pelajar Sekolah Menengah dan Rendah. Memandangkan bulan Kemerdekaaan yang akan disambut pada bulan Ogos, pelajar dikehendaki mencari maklumat berkaitan tokoh-tokoh kemerdekaan Malaysia bagi memberi pendededahan dan menerapkan semangat cintakan tanah air kepada generasi muda ini. Selain itu dapat mendidik mereka menghargai jasa dan bakti mereka yang berkorban nyawa untuk memerdekakan negara kita.