Pendidikan

ADTEC Kamunting

 

 

Alamat

:

Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Perak,

PT 15643, Kamunting Raya, Mukim Asam Kumbang,

34600, Kamunting, Taiping, Perak
Malaysia

 
     

Tel

:

605-8012 600

Email

:

   

Fax

:

605-8012 608

Website

:

www.adtecprk.gov.my

 
 


Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC), Taiping, Perak merupakan salah satu daripada Pusat Latihan yang dikendalikan oleh Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia.

ADTEC Taiping telah diluluskan dalam RMK 8 dan dibina dalam RMKPembinaan telah dimulakan pada 16 Mei 2007 di kawasan seluas 60 ekar di atas Lot PT 15643, Kamunting Raya, Mukim Asam Kumbang, Daerah Larut Matang, Perak Darul Ridzuan. Projek telah siap dan diserahkan kepada Jabatan pada 13 Mei 2009.

Sebanyak tujuh (7) bidang kursus akan dilaksanakan di ADTEC Perak. Antara bidang-bidang berkenaan adalah Teknologi Mikro-Elektronik, Teknologi Mekatronik, Teknologi Jaminan Kualiti, Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan), Teknologi Bahan Termaju-Komposit, Teknologi Bahan Termaju-Seramik dan Teknologi Bahan Termaju-Polimer. 


  Kursus yang ditawarkan di ADTEC  kamunting

  1. Diploma Teknologi Mikroelektronik
  2. Diploma Teknologi Mekatronik
  3. Diploma Teknologi Komputer (Pengaturcaraan)
  4. Diploma Teknologi Jaminan Kualiti
  5. Diploma Teknologi Bahan Termaju (Seramik)
  6. Diploma Teknologi Bahan Termaju (Komposit)
  7. Diploma Teknologi Bahan Termaju (Polimer)