Pada 2 Oktober yang lalu, telah diadakan mesyuarat diantara Penolong Pengurus PEDi Kamunting, Pn. Suryana Binti Ahmad bersama Ketua Kampung dan Setiausaha dari JKKK . Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Mat Radhi,Pegawai Khas kepada YB Dato’ Zahir, Adun Kamunting. Mesyuarat tersebut diadaka bagi membincangkan mengenai program latihan yang akan diberi kepada peserta-peserta yang terdiri daripada AJK-AJK Adun masing-masing. Tujuannya adalah untuk memantapkan dan memastikan peserta mempunyai ilmu dan pengetahuan mengenai asas Microsoft Word dan Excel