Pada 20hb yang lalu, telah diadakan Kelas Microsoft Word bagi pelajar-pelajar sekolah yang banyak menumpukan kepada asas pengetahuan dalam Microsft Word. Dalam sesi tersebut pelajar dilatih menggunakan papan kekunci serta kompenan asas yang perlu diketahui seperti cara membuat kotak, menukar saiz dan jenis tulisan, cara menyalin dengan betul , menyimpan data dan sebagainya. Pelajar juga dilatih untuk memahirkan diri menggunakan papan kekunci dengan cepat dengan diadakan pertandingan menaip pantas bertemakan mesej kemerdekaan.

